Thursday 1 August 2013

RAMBUT GUGUR??

Dipetik daripada artikel yang ditulis oleh Dr. Zubaidi.

Keguguran rambut secara banyak samada buat sementara atau tetap dinamakanAlopecia dan puncanya terlalu banyak. Namun masalah keguguran rambut tidak patut dirisaukan kerana ianya adalah fenomena biasa.  Rambut seperti mana organ yang terdiri daripada ribuan sel-sel mempunyai kitaran hidupnya sendiri. Setiap rambut akan gugur kemudian rambut baru akan tumbuh semula di tempat rambut yang gugur itu selepas beberapa waktu.  kadar keguguran rambut yang normal antara 50-80 helai sehari.

Rambut yang sihat tidak akan gugur dengan begitu banyak. Selain dengan masalah pada folikel (akar) rambut, keguguran yang terlalu banyak disebabkan oleh rambut yang lemah, kering dan rosak.
Sebelum helaian rambut ini tumbuh semula, folikel berada dalam keadaan ”rehat” (tidak tumbuh memanjang) selama 100 hari. Setelah 100 hari waktu berehat, folikel mula mengeluarkan helaian-helaian rambut.  Setiap helaian akan bertahan selama tiga hingga tujuh tahun sehingga ianya gugur dan digantikan dengan helaian baru. Ada kajian mengatakan helaian rambut akan bertahan selama 1000 hari.  Apa yang menariknya selalunya rambut akan gugur dengan sendirinya pada waktu pagi.  

Botak???
Keguguran rambut menjadi ketara apabila rambut yang gugur lebih banyak dari yang tumbuh semula. Dengan perkataan lain, keguguran rambut yang berlebihan disebabkan banyak rambut yang gugur, sedikit yang tumbuh.

Faktor???
Antaranya:
1)  Umur 
Wanita berumur 40-50tahun selalunya akan kehilangan 20% dari rambutnya, namun keguguran rambut mereka lambat berbanding dengan lelaki.

2)  Keturunan
Masalah keguguran rambut juga  ’dipusakai’ oleh kita. Jika bapa mempunyai masalah keguguran rambut di usia muda, bukan saja anak lelaki yang akan mengikuti jejak bapa, namun anak perempuan juga mungkin akan mengalami masalah keguguran rambut juga.

3)  Trauma tarikan kuat pada rambut
Keadaan di mana rambut diikat dengan kuat atau ditarik semasa dandanan memberikan stress fizikal kepada rambut, ini dikenali sebagai Traction Alopecia. Mengikat rambut dengan kuat ala chignon style, atau ponytails,  atau pigtailsmemberikan kesan jangka panjang pada rambut. Jika tekanan stress fizikal ini berterusan, ianya akan menyebabkan satu ‘kawasan’ yang botak (spot baldness).

4)Jangkitan kuman dan penyakit sistemik
Jangkitan kuman sama ada bakteria, virus atau fungal akan menyebabkan satu ruang kawasan yang kehilangan rambut. Namun ianya boleh dirawat dengan shampoo dan losyen. Banyak penyakit sistemik seperti diabetes mellitus dan gangguan kelanjar thyroid menyebabkan keguguran rambut yang banyak, di samping kadar pertumbuhan rambut yang kurang.

Cara mengatasi???
1)     Mencuci dan merawat rambut
2)     Menyapu minyak yang sesuai untuk membantu perlembapan rambut.
3)     Mengurut rambut secara kadar yang sesuai agar saluran darah akan bertambah baik, meningkatkan pengaliran darah seterusnya membekalkan oksigen dan nutrisi kepada kulit kepala dan rambut dan merangsangkan folikel rambut yang sedang dalam keadaan rehat untuk menggalakkan pertumbuhan dan agar memanjangkan rambut.

Mengapa perlu pilih SYAMPU MARINE ESSENCE???

Hubungi kami untuk pembelian :)

Zura:  010-5136306 (1Malaysia)
Nurul:  019-6520391 (Putrajaya/KL)
Jaja:  016-8702045 (Sabah/Sarawak)
Zana:  013-3059549 (Klang/Banting dan kawasan sekitar)
Azera:  012-3066489 (Shah Alam)
Rose:  012-4655975 (Seremban)
Halimah:  012-3565916 (Klang - Meru/Kapar dan kawasan sekitar)
Ida:  012-5332026 (Kedah)
Hasma:  019-9178408 (Terengganu)
Ahlia:  010-7998296 (Sabah)
Siti:  016-8702045 (Sabah/Sarawak)
Waina:  019-3305194 (Damansara/Petaling Jaya)
Izu:  0123574732 (Teluk Intan, Langkap, Bidor, Sungkai)
Sheena:016-8297972 (Sabah)

No comments:

Post a Comment