Tuesday 16 July 2013

Cerita Kasut

Ada satu kampung ni dipanggil Kampung Lubuk Duit..kampung ni sama je macam kampung2 lain..cumanya, apa pun perniagaan yang diusahakan di kampung ni semuanya mendatangkan duit..kiranya, jual apa pun pasti untung..untung besar!!!

Dikampung ni ada diadakan satu pertandingan..macam acara tahunan..pertandingan lumba lari..owhhhooo..ini bukan pertandingan lumba lari biasa-biasa..pertandingan ni ada syarat2 yang perlu dipatuhi..hadiahnya lumayan..sape menang akan diberi setempayan emas dan permata oleh Ketua Kampung..giler..sape tak nak kan..
Pertandingan ini boleh disertai oleh semua penduduk kampung..pada hari pertandingan, maka berkumpul lah semua peserta-peserta yang nak masuk pertandingan itu..sebelum bertanding mestilah kena briefing dlu kan..kang disqualified pulak..

Syarat pertandingan ini ada 1 jer:
Berlari selaju mungkin ke garisan penamat dengan hanya memakai kasut yang disediakan..siapa yang sampai di garisan penamat, dialah pemenang!

semua peserta kemain excited..tak sabar nak menang setempayan emas dan permata lah katakan..semua berbaris digarisan permulaan termasuklah seorang pemuda bernama Al-Asan..dia pun nak join jugak..

Ketua Kampung beri sepasang kasut kepada setiap peserta..Tok Ketua kata:
"Kasut ni power giler..kasut ni akan bantu kamu lari laju giler supaya kamu cepat smpi ke garisan penamat..kasut ni selesa dan akan jg tapak kaki kamu..semoga berjaya.."
Mereka semua ke garisan permulaan, siap pakai kasut..bersiap sedia utk berlari.."on your mark, get set....gooooooo!!!" kata tok ketua..berlari lah mereka semua ke garisan penamat dengan kasut yg tok ketua bagi..
TAPI, si Al-Asan tak lari..dia masih tercegat kat garisan permulaan..membelek2 kasut yang tok ketua bagi..macam2 dalam fikiran si Al-Asan ni
1)muat ke kasut ni?
2)kenapa warna merah
3)span dlm kasut ni kurang tebal
4)betul ke power gile kasut ni..tengok mcm biasa je
5)mesti kasut ni mahal

dan bla bla bla..hadoi..byk giler persoalan demi persoalan si Al-Asan ni..orang semua dah nk smpi ke garisan penamat..sedangkan dia masih tercegat di garisan permulaan, tengok2 kiri kanan..ada 2,3 orang dah smpi ke garisan penamat..siap dah sorak2 dah..horeyyyy..horeyyyy..tapi, Al-Asan masih disitu..

Pertandingan tamat..Al-Asan tak puas hati dengan Tok Ketua..Tok Ketua bagi hadiah kepada semua orang kecuali dia..sepatutnya seorang pemenang saja lah yg terima hadiah..

Tok Ketua ketuk pale Al-Asan..Tok Ketua pun berkata:
"Aku suruh semua lari guna kasut yg aku beri..aku tak beritahu pun berapa orang pemenang..dan paling penting semua sampai ke garisan penamat..tak kira lah ada yang terjatuh semasa berlari ke atau ada yg pancit ke..dan aku pun tak kata siapa paling cepat dia menang..aku kata siapa sampai ke GARISAN PENAMAT dia menang.."

So, rugi lah Al-Asan..org seme dapat setempayan emas permata..dia sorg je tak dapat..melopong lah..

moral of the story:
Jangan kalah sebelum bermula..buat malu orang kampung jer..
tak cuba lagi, mana tau tak boleh..tak buat lagi mn kamu tahu tak untung..tak jumpa lagi dah tuduh kata tipu..tak dengar lagi marketing plan dah ckp modal besar..

Nama kamu Al-Asan???

Kalau bukan,Kamulah pemenang emas permata itu

:)

No comments:

Post a Comment