Saturday 6 August 2016

RESEPI KHAYR: RESEPI ROTI SOSEJ MUDAH

Produk Khayr bukan terhad kepada cara masakan goreng/grille sahaja, malah boleh diolah menjadi sos pasta atau dibuat roti..secara asasnya, tukarkan sahaja jenis sosej/daging patty kepada jenama Khayr..

Hari ni saya nak kongsi cara buat roti sosej paling mudah di alam semesta..semudah 1,2,3..sesuai untuk dibuat minum pagi atau minum petang..klu nak buat bekalan anak ke sekolah pun boleh tau..

Bahan-bahan:

6 batang sosej asli Khayr (boleh juga guna perisa lain seperti perisa cili dan lada hitam)
6 keping pastry puff saiz kecil(instant)
1 biji kuning telor
1 sudu besar susu segar
sedikit garlic spread/mentega

Cara-cara penyediaan:
1)Rebus sosej..sesej Khayr hanya mengambil masa yang pendek untuk direbus kerana sosej Khayr diperbuat daripada 90% daging ayam..bila sosej dah terapung, maknanya dah masak..angkat dan toskan..owhhh, tempoh untuk defrost sosej Khayr juga singkat..tak perlu tunggu lama..nnt lembik sangat..takut pulak nak pegang..hehehe

2)Potong serong kulit pastry puff tapi tak putus..spt dalam gambar..potongan ni hanya untuk kosmetik roti kita shj..biar nampak menyelerakan..

3)Sapu sedikit garlic spread atas pastry puff..ini adalah untuk memberikan kesan bau dan rasa yang lebih umphhh kepada roti..letak sosej yang dah direbus tadi ditengah-tengah pastry puff..jika tak nak sapu garlic spread, boleh ganti dengan cheese atau biar kosong shj..ikot citarasa masing2 ya..

4)Lipat hujung pastry puff seakan-akan membalut sosej..susun sosej yang sudah dibalut dalam dulang pembakar..dulang pembakar perlu disapu sedikit mentega supaya roti tak melekat atas dulang..boleh alas guna baking paper..

5)Sapu kuning telor yang telah dipukul bersama susu segar..campuran kuning telor ini akan menaikkan seri roti..bau pun wangi..since sy takde berus, calit2 pakai sudu je lah..janji ado..hehehe..kalau nak tabur keju parmesan kat atas roti lepas sapu telor pun boleh..topping boleh ikut selera masing-masing..

6)Bakar roti selama 15-20 minit dalam suhu 200 degree atau sehingga pastry puff garing..suhu kepanasan oven bergantung kpd oven masing-masing juga ya..jeling2 lah dalam oven tu..jangan hangus sangat..tak sedap..

7)Cecah dengan cili sos dan pekena kopi o panas secawan..bahagia..hahaha


Produk Khayr terdiri daripada:
Sosej ayam:
1. Original (15 batang) - 90% ayam
2. Black Pepper/lada hitam (15 batang) - 90% ayam
3. Cili (15 batang) - 90% ayam
4. Jumbo (4 batang)

5. Koktel (500 gram)

HARGA: RM15.00 SEBUNGKUS

Beli 4 bungkus ke atas penghantaran PERCUMA ke semua destinasi berikut:
#Putrajaya
#Klang
#BantingSelangor
#Sendayan
#Seremban2

hubungi 010-5136306 untuk pembelian

LIKE & SHARE
 Dari Dapur Mak Eton

No comments:

Post a Comment