Friday, 26 August 2011

Biskut Coklat Chips

Semalam (26/8/2011) buat biskut coklat chips utk mak kat kampung..sgt sedap espesially utk first timer cam sy..mmg menjadi..aira makan banyak..so nak share dgn semua kawan2..resepi sy ambil dari http://www.myresipi.com/top/detail/5520..

selamat mencuba :)


adunan yg telah siap dan sedia utk dibakar


merasmikan oven baru :)


taraaaa..dah siapp..


biskut utk mak kat kampung..
 Bahan-bahan:

  • 180gm mentega/marjerin

  • 90gm gula castor

  • 100gm gula perang

  • 1 sudu teh esen vanila

  • 2 biji telur

  • 200gm tepung naik sendiri

  • 160gm tepung gandum

  • 1 sudu teh soda bicarbonate

  • 1/4 sudu teh garam

  • 100gm coklat chips

  • 120gm badam cincang


  • Cara-cara membuatnya:
    1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
    2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
    3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
    4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
    5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.

    No comments:

    Post a Comment