Tuesday, 28 June 2011

Aku di SABAH bahh!!

Honey Chiken Wing..terbaekkk!!

Di Semenanjung jumpa di hotel je bahh..tp ini di Pasar Philipine berlambak!!

Di Sabah, meehon sup di panggil soto..

Hidangan makan malam pertama pada hari pertama tiba di rumah abah..boleh bayangkan hidangan pada hari-hari seterusnya selama 10 hari?hehe..

sangat mengoda nafsu makan..

perghh..cecah dengan air asam dan sambal..memang mabeles!
Modul Penempatan Daerah adalah salah satu modul yang perlu 'ditempuhi' oleh para peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA).  Bagi sesi DPA 2/2010 kami menjalani modul ini di SABAH! Bagus rasanya saya bercerita dan berkongsi pengalaman tentang betapa seronoknya berada di Sabah ni especially di Kota Belud dengan keluarga angkat, Tuan Haji Guldam yang sangat baik.  Tak homesick langsung sepanjang berada di sini.  Begitulah gambaran yang dapat diberikan untuk menunjukan betapa baiknya kelurga ini.  Terlupa sekejap keluarga di semenanjung sebab memang terasa macam berada dengan keluarga sendiri!  Tuan Haji Guldam yang saya panggil abah sangat penyayang dan sangat mengambil berat tentang anak-anaknya termasuk lah saya sendiri yang dilayan seperti anak sendiri.  Dalam banyak2 berat, satu jenis berat jer yang dia tak ambil peduli iaitu BERAT BADAN saya!  Makanan punyalah banyak.  Mak masak punyalah sedap.  Dapat pulak abah ada restoran.  Perghhhh, memang keje saya melantak macam nak rak kat sini.  Bukan jer makan di restoran, di bawa pula pusing2 Kota Kinabalu (KK) jalan2 cari makan!  Kali terakhir saya menimbang berat pada hujung bulan Mei lepas.  Daripada 70kg turun ke 65kg.  Tapi rasanya sekarang sudah naik lik sebab seluar saiz 36 sudah agak ketat.  Saya sikit pun tak risau sebab ada korset premium beautiful (PB) dan Sue's Slimming Cream.  Insyallah akan turunkan berat badan sekurang-kurangnya 3kg dalam masa 2 minggu bile sampai di semenanjung 1 Julai nih..tguuuu..

2 comments: